Wednesday, March 30, 2011

Gaya Hidup Sihat



MINDA YANG CERDAS BERMULA DARI BADAN YANG SIHAT...


Amalan hidup sihat amat penting untuk menjaga tahap kesihatan. Oleh sebab itu, amalan ini perlu dilakukan setiap masa bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri. Untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat setiap hari. Dalam kehidupan seharian, kita perlu mengamalkan pemakanan yang sihat, senaman, menjaga berat badan, dan penjagaan kesihatan yang sempurna. 

Banyak Faedah Bersenam 





Senaman merupakan aktiviti terpenting untuk cara hidup yang sihat. Oleh hal demikian, kita disarankan supaya mengamalkan aktiviti ini bagi menjamin kesihatan diri. 

Kitaakan mendapat faedahnya sekiranya dilakukan dengan cara yang betul. Kita perlu melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dan masa yang diambil ialah antara 20 hingga 30 minit setiap kali senaman. 

Antara faedah yang kita dapat ketika bersenam ialah tubuh badan menjadi cergas, dapat mengawal berat badan, membina stamina dan kekuatan, menguatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan, meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah, menguatkan otot, tulang dan sendi, mengurangkan tekanan mental, dan sebagainya. 

Dalam melakukan senaman, kita boleh melakukan secara bersendirian, bersama keluarga atau kawan-kawan. Dalam hal ini, kita hendaklah sentiasa melakukan senaman bagi mengekalkan tahap kesihatan. Terdapat pelbagai jenis senaman yang kita boleh lakukan sama ada secara bersendirian atau berkumpulan. Antara jenis senaman ialah berjalan kaki, lompat tali, berbasikal, berjoging, berenang, bermain badminton, bersenamrobik, dan sebagainya. 


Cara Pemakanan yang Sihat 




Selain aktiviti bersenam, penjagaan dari segi pemakanan juga merupakan cara terbaik dalam gaya hidup sihat. Dalam hal ini, kita hendaklah mengamalkan pengambilan makanan berpandukan kepada makan secara sihat. Untuk memudahkan kita, gunakan piramid makanan sebagai panduan pemakanan kita. 

Mengikut piramid pemakanan, kita perlu makan paling banyak bijirin, produk bijirin, dan ubi. kita perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, manakala makan secara sederhana ialah ikan, ayam, daging, kekacang, susu, dadih, dan keju juga. Bagi makanan yang mempunyai banyak lemak, minyak, garam, dan gula, perlu diambil dengan jumlah yang sedikit. 

Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin, zat-zat galian, dan lemak. Kumpulan makanan ini menjadikan kita lebih sihat. Hal ini kerana kumpulan ini membekalkan makanan yang kaya dengan kalsium, zat besi, vatamin A, B kompleks, C, protein, dan gentian. Tegasnya, pengambilan makanan yang seimbang baik untuk kesihatan diri. 

Bagi pengetahuan semua juga, cara pemakanan sihat boleh menghindarkan daripada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan darah tinggi. Sebenarnya kedua jenis penyakit ini masih menjadi punca utama kematian di hospital di negara ini. Jadi, kita hendaklah menjaga aspek pemakanan seharian. Pemakanan yang baik penting untuk pembesaran yang sempurna. 


Jaga Berat Badan 





Dalam mengamalkan gaya hidup sihat, kita perlu menjaga berat badan. Sekiranya makan berlebihan kemungkinan mengundang penyakit jantung. Penyakit tersebut adalah berpunca daripada masalah permakanan, kegemukan, tekanan darah tinggi, kurang bersenam, tekanan perasaan, dan sebagainya. 

Amat penting, kita perlu mengurangkan makan yang berlemak. Sebenarnya lemak merupakan sumber kalori yang padat. Pengambilan lemak yang berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan menyebabkan kegemukan. Bagi mengelakkan risiko menjadi gemuk, kita perlu bijak memilih makanan mengikut keperluan badan. Makanan yang dimakan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut semata-mata tetapi makanlah demi kesihatan tubuh. 


Petikan daripada Dewan Pelajar.....

No comments:

Post a Comment